..::MINGGU YANG TAK SIHAT::..
Petang Khamis malam Jumaat minggu lepas tetiba badan aku menggigil kesejukan, macam kena rendam dalam kolam ais. Betul punya sejuk sampai gigi aku berlaga menahan kesejukan. Ahhh...., entah-entah aku nak demam kot? So petang tu aku jemput Sabrina dan adik perempuan aku di LRT Kelana Jaya dan terus balik ke Kajang. Singgah kedai buah kat Kajang Raya dan hantar adik aku ke rumah. Then aku dan Sabrina pergi ke klinik Premier di kawasan Bintang. Confirm aku demam dan setelah ditemuduga oleh doktor yang mengalahkan temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, hasilnya sungguh memeranjatkan. Aku disyaki mengalami demam denggi!!! Alamak!!!!! Takutnya aku pasal setahu aku demam denggi ni masih belum ada ubat lagi. Doktor tu kasi aku MC untuk hari jumaat dan berpesan supaya datang ke klinik untuk menjalani ujian darah pada pagi Sabtu kalau demam aku tak kebah. Aku dan Sabrina terus balik dan makan malam, errr..... Sabrina suapkan :p Dan lepas tu makan ubat dan terus zzzzzzzz.........
Pagi jumaat tu Sabrina EL untuk menjaga aku semasa demam (thanks hunny) dan mengambil peluan untuk membasuh baju. Bila aku terjaga je terus aku sms Pengurus aku untuk maklumkan yang aku MC. Lepas sarapan dan makan ubat aku rasa macam ok sikit je. So rehat macam biasa. Malam tu pulak aku pergi tempah cermin mata pasal mata kanan aku asyik berdenyut-denyut je. Mata sebelah kanan kena pakai kanta rabun silau sekuat 200!!! Mak aihhhh, kuat gak silau aku nih. So cermin mata aku kena RM430 free satu lagi kanta free. Sabrina menjeling manje..., nak buat cermin mata baru pasal cermin mata sekarang nih pun dah 3 tahun dia pakai. So Sabrina kena tanggung duit bingkai je sebanyak RM88. Kira ok laa tu. Terima kasih kepada mak aku yang sponsor RM150 untuk cermin mata aku. Malu lak dengan mak aku.....
Sabtu lak aku kena astma....., tak boleh bernafas, asyik tercungap-cungap je. Pegi lagi ke klinik Premier tu. Dan bermulalah adegan panas hati yang tak melampau sangat. Masa pergi tu aku takde tunai yang mencukupi dan hanya ada kad kredit untuk back up. Sampai je klinik tu aku minta tolong Sabrina untuk masuk dan bertanya pada jururawat tu ada tak klinik tu mengambil kes astma seperti mengambil gas. Jururawat tu boleh bertanya lak gas apa? CISSSS..... takpe aku bersabar je. Dan akhirnya semuanya berakhir dengan baik.
Ahad lak hanya lepak-lepak tengok CSI Supreme Sunday. Pergi bayar duit ansuran kelisa adik aku, pergi pasar malam beli kuih dan sayur sikit. Pergi farmasi beli ubat astma (Bricanyl) dan balik tidur. Panas semacam pulak sampai aku dan Sabrina kena mandi dulu sebelum tidur.
Pagi ni aku dapat tahu jumaat lepas (aku MC) pengarah urusan aku enggan menandatangai claim overtime dan mileage pasal terlalu banyak orang yang claim banyak-banyak. Dan claim hanya akan keluar 29hb Ogos ni serentak dengan gaji (yang dulunya setiap 25hb). Macam mana ekk??? Kalau aku tak ot kerja tak siap. Kalau kerja tak siap nanti kena sound. Bila kena sound mulalah aku kerja macam nak tak nak. Nampak gayanya sharp pukul 5.30 petang aku akan punch out.
Mungkin bos aku tak marah department aku (chemicals division) tapi terkena tempias kot. Wallahualam. Harap-harap jangan kerana marahkan nyamuk seekor, habis kelambu dibakar. Bos jugak cakap chemicals division penyumbang utama pendapatan syarikat ni. Aku amat berharap bos tak berkira dengan perkara ni. Berilah aku peluang untuk mencarik duit untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian keluarga aku nih. Aminnn.....
ps: Rindunyer kat orang rumah :p
No comments:
Post a Comment